Saturday, April 18, 2009

Tak jaga makan punca diabetes

PROMOSI JUALAN HEBAT BERMULA DARI
19 APRIL 2009 SEHINGGA 31 MEI 2009.


SEBOTOL : RM 130 ( SELAGI STOK MASIH ADA)

TAMBAHAN BAYARAN

PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA : RM 8
PENGHANTARAN KE SABAH & SARAWAK : RM 18

CEPAT HUBUNGI SAYA SEBELUM KEHABISAN STOK



SETIAP kali melihat diri di cermin, pernahkah terfikir corak kehidupan bagaimana yang mahu anda lalui sehingga akhir hayat nanti?

Memang tiada siapa dapat meramalkan apa bakal terjadi esok mahupun sekejap lagi, tetapi banyak perkara boleh dilakukan untuk persediaan hidup masa depan, termasuk kesihatan.

Baik yang masih sihat atau menghidap penyakit tertentu, soalan ini sama pentingnya. Tidak kira apa cara bakal digunakan, tujuannya masih sama, iaitu supaya dapat menikmati hari tua dalam keadaan sejahtera.
Justeru, antara langkah pertama yang perlu diambil ialah melakukan perubahan gaya hidup dan ia hendaklah dimulakan hari ini juga. Persoalannya, adakah kita benar-benar mahu berubah? Jika mahu, apa yang mahu, boleh dan sanggup lakukan? Apa pula perkara yang tidak sanggup dilakukan?

Ketua Perkhidmatan Endokrinologi, Diabetologi dan Obesiti, Hospital Universiti Geneva, Profesor Alain Golay, berkata jawapan pada persoalan inilah yang akan menentukan status kesihatan kita pada masa depan kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab sendiri.

Tanggungjawab ini lebih berat bagi orang yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis. Kencing manis bukan lagi penyakit orang tua kerana kini ramai golongan muda diserang kencing manis, walaupun umur baru menjangkau 30 tahun, disebabkan kurang kesedaran menjaga pemakanan.

Kebanyakan kes kencing manis yang dilaporkan di negara ini berpunca daripada berlebihan nutrien (akibat terlalu banyak makan makanan berkalori tinggi) dan obesiti, terutama di kalangan kumpulan berisiko seperti individu obes, mempunyai ahli keluarga yang menghidap kencing manis dan mengalami masalah tidak toleran glukos.

Namun orang, termasuk golongan berisiko tinggi ini, menganggap mereka tidak akan diserang penyakit dan ia hanya berlaku pada orang lain. Ini sebabnya apabila disahkan menghidap penyakit tertentu, mereka sukar menerima hakikat berkenaan dan mula mengalami pelbagai gangguan emosi.

Katanya, menghidap penyakit bukan bererti kehidupan kita berakhir. Pengamal perubatan dan pesakit perlu melihatnya daripada sudut positif kerana selama ini ramai hanya memandang penyakit daripada sudut negatif sehingga melemahkan semangat.

Bagi pesakit, sikap positif ini boleh dipupuk dengan mempelajari mengenai penyakit dan mengambil bahagian dalam merancang atau menentukan kaedah rawatan yang sesuai dengan gaya hidup anda. Pengamal perubatan pula mestilah belajar kemahiran baru dengan memerhatikan emosi, keupayaan dan harga diri pesakit.

Ini kerana pesakit biasanya mengalami pelbagai masalah pemakanan seperti diet pelbagai, diet yo-yo, tabiat suka mengunyah, menjadikan makanan untuk meredakan gangguan emosi atau sentiasa berasa dia perlu mengehadkan pengambilan makanan,? katanya.

Masalah akan lebih buruk jika pesakit diabetes menjadikan makanan sebagai cara atau rangsangan untuk melegakan perasaan, sama ada ketika berasa tertekan, letih, bosan, resah dan mempunyai masalah.

Rangsangan ini boleh timbul dengan hanya melihat makanan, ketika lapar, menyediakan makanan atau membeli-belah.

Di sinilah pentingnya pesakit perlu berbincang dengan doktor untuk mengatasi masalah mereka kerana kaedah rawatan untuk setiap pesakit berbeza. Malah pesakit perlu merancang strategi bagi mengatasi masalah keinginan untuk makan.

Antara strategi yang disarankan Dr Golay ialah:

* Sentiasa ingat untuk menjaga kesihatan diri
* Melakukan aktiviti fizikal
* Berehat dan menarik nafas panjang-panjang
* Membuat panggilan telefon
* Berjalan-jalan
* Mandi


Namun, katanya, rawatan kognitif paling berkesan ialah bersenam dan cuba mengawal pengambilan makanan. Keinginan untuk makan boleh diperbaiki dengan snek berkhasiat (rendah lemak).

Malah, pesakit kencing manis juga perlu bijak memilih makanan untuk mengawal paras glukos dalam darah.

Justeru, pesakit disaran mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran serta kurangkan makanan berkarbohidrat dan berlemak (seperti roti, kek mahupun manisan) kerana ia mempunyai indeks glisemik tinggi.

Ini kerana makanan yang mempunyai indeks glisemik tinggi memerlukan lebih banyak insulin, sedangkan pesakit kencing manis jenis 2 tidak mampu menghasilkan cukup insulin bagi menggunakan glukos berkenaan. Akibatnya, paras gula dalam darah meningkat (hiperglisemia) dan boleh mendatangkan komplikasi kepada pesakit.

Pun begitu, cara lebih baik ialah mengawal pemakanan sejak awal supaya penyakit dapat dihindarkan, kata Perunding Endokrinologi, Datuk Dr Khalid Kadir. Ia perlu dijadikan keutamaan dalam hidup, khususnya bagi individu berisiko tinggi.

Diabetes adalah titik akhir bagi Sindrom Metabolik. Kebanyakan masalah diabetes boleh dikawal pada peringkat diagnosis lagi, iaitu apabila menjalani pemeriksaan paras glukos darah melalui pemakanan dan senaman. Individu yang mengalami masalah obesiti perlu menurunkan berat badan dan kurangkan makanan berlemak serta berkolesterol tinggi.

Pesakit kencing manis yang ada masalah jantung mesti mengurangkan makanan bergaram, bersos atau banyak bahan pengawet. Pada masa sama, pesakit perlu memastikan mereka mendapat cukup kalsium. Semua ini perlu dilakukan sebaik mendapati paras glukos anda tinggi dan jangan tunggu hingga disahkan mendapat diabetes,? katanya.

Mengapa pengamal perubatan memberi penekanan kepada kawalan makanan? Menurut Dr Khalid, diabetes tidak terkawal akan menyebabkan banyak komplikasi kesihatan, termasuk buta, degup jantung tidak normal dan kehilangan sensitiviti deria sentuh, terutama pada kaki.

Kawalan diabetes akan lebih berkesan jika pesakit menjaga makan dan kerap bersenam.

Kajian di China menunjukkan, perkembangan penyakit dapat dikurangkan kepada 31 peratus melalui diet saja, 42 peratus melalui senaman saja dan 46 peratus melalui diet serta senaman.

Malah, pesakit juga dinasihatkan makan sedikit tetapi kerap kerana ia akan mengurangkan keperluan insulin.

Namun lebih baik jika kawalan makanan dapat dilakukan sejak awal supaya kita masih dapat menikmati makanan kegemaran, termasuk yang berlemak dan berkalori tinggi, apabila tua kelak.

PROMOSI JUALAN HEBAT BERMULA DARI
19 APRIL 2009 SEHINGGA 31 MEI 2009.


SEBOTOL : RM 130 ( SELAGI STOK MASIH ADA)

TAMBAHAN BAYARAN

PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA : RM 8
PENGHANTARAN KE SABAH & SARAWAK : RM 18

CEPAT HUBUNGI SAYA SEBELUM KEHABISAN STOK

No comments: