Saturday, April 18, 2009

Panduan makanan pesakit DIEBETES


Panduan makanan
Makanan yang patut dielakkan

* Gula
* Gula melaka
* Coklat
* Jem
* Madu
* Sirap
* Aiskrim
* Biskut-biskut yang manis
* Susu pekat
* Minuman ringan
* Gula-gula jeli


Makanan yang patut dikurangkan

* Nasi
* Roti
* Ubi kentang
* Ubi keledek
* Ubi kayu
* Jus
* Kelapa
* Daging kambing
* Buah-buahan jeruk
* Bahan-bahan tenusu


Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

* Serbuk lada
* Rempah-rempah
* Serbuk kari
* Cecair ? air,teh, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
* Sayur-sayuran ? kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan,,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.


Penjagaan berat badan
Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun
Kalau anda gemuk
Kurangkan makanan !
Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
Bersenamlah selalu

Senaman
Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik
Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :

* Selalu menjaga kebersihan diri
* Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
* Mandilah selalu
* Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
* Jaga kebersihan gigi
* Menjauhkan diri dari kecederaan
* Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
* Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
* Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
* Berhati-hati semasa bercukur
* Penjagaan kaki
* Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
* Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
* Jangan pakai kasut yang ketat
* Sentiasa urutkan kaki anda


Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

* Buta
* Kerosakan buah pinggang
* Sakit jantung dan penyakit lumpuh
* Darah tinggi
* Penyakit saraf


Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.

Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki

Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat

1 comment:

ijoi said...

Nak kena cuba ni, mana tau mujarab...